ARTIKEL

TAHAN... Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki memiliki dadah, semalam.

Buruh ladang ditahan miliki syabu di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 10.83 gram dalam serbuan di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Mukah-Selangau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Serbuan dijalankan di hadapan sebuah pondok di kawasan ladang berkenaan dan pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sebuah kotak rokok jenama ‘A Satu Mild’ di dalam poket seluarnya.

TAHAN… Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki memiliki dadah, semalam.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kotak rokok itu menemukan 10 keratan tiub straw plastik lut sinar serta satu paket plastik lut sinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 10.83 gram dengan nilai sekitar RM540,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek bersama-sama barang kes yang dirampas kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Jelasnya, keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, kertas siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 turut dibuka kerana suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” jelasnya lagi.

“Suspek yang juga bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit itu direman selama dua hari sehingga 11 September ini bagi melengkapkan siasatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Muhamad Rizal menegaskan bahawa IPD Mukah akan terus komited dalam membanteras segala bentuk aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah berkenaan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah supaya menyalurkannya kepada polis dengan menghubungi talian 084-871222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU