ARTIKEL

BEJAKU… Abdul Karim (tengah) rambau aum pemberita pengudah ngulu Aum Komiti Pemansang Nembiak Sarawak 2023 ba Balai Suarah Nengeri ditu, kemari. – GAMBAR UKAS

Busking jadikan bandar berjiwa dan hidup — Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) menyokong penuh penganjuran pelbagai aktiviti seni persembahan seperti Pesta Busking Kuching

Menurut Menteri Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, aktiviti busking menambah nilai, memperkaya budaya setempat, malah menjadi wadah bagi seniman jalanan menonjolkan bakat.

“Kita mahu melihat Kuching menjadi tempat yang meriah. Apabila anda melihat mereka (buskers) di kompleks beli-belah, apabila anda melihat mereka di waterfront dan merata tempat membuat persembahan, itulah yang menjadikan Kuching bandar yang hidup, adalah usaha kami merealisasikan yang diimpikan Yang di-Pertua Negeri untuk melihat Kuching menjadi bandar berjiwa,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian semasa menyempurnakan Program Akhir Pesta Busking Kuching di Plaza Merdeka di sini pada Ahad.

Beliau menggalak pihak penganjur mengatur aktiviti sedemikian sehingga boleh berkembang seperti Rainforest World Music Festival (RWMF).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke