ARTIKEL

Butang peringatan kesilapan rumah tangga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI dan penulis lirik Leddea J, atau nama sebenarnya Liedya Kieticca Jueng, mengeluarkan sebuah lagu berjudul Butang.

Lagu ini bukan sekadar karya muzik biasa kerana ia membawa mesej yang mendalam mengenai kesilapan dalam rumah tangga.

Kongsi Leddea J, lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terperangkap dalam godaan, mendekati lelaki yang sudah berkahwin, hanya untuk berakhir dengan penyesalan yang mendalam.

“Kisah dalam lagu ini mengingatkan kita tentang akibat buruk yang boleh timbul apabila kita terlalu mementingkan kehendak diri sendiri tanpa memikirkan kebahagiaan orang lain.

“Dengan lirik yang penuh emosi, Butang mengajak pendengar untuk merenung kembali setiap keputusan yang diambil, agar tidak terjerumus dalam situasi yang merosakkan hidup kita dan orang di sekeliling kita,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Leddea J berkata, lagu ini juga bukan sekadar mengenai kisah rumah tangga, tetapi juga berfungsi sebagai peringatan untuk menghargai diri sendiri dan orang lain.

“Apakah kita ingin menjadi seseorang yang merosakkan kebahagiaan orang lain?”

“Ia soalan yang harus kita tanya pada diri sendiri sebelum membuat pilihan yang boleh memberi kesan jangka panjang,” katanya.

Selain itu, Leddea J turut menyentuh tentang kepentingan memilih pasangan hidup dengan bijak dan tidak membiarkan kesilapan masa lalu merosakkan masa depan.

“Kebahagiaan bukan hanya milik kita, tetapi juga orang lain yang berusaha untuk menjaga keharmonian rumah tangga mereka,” jelasnya.

Berusia 28 tahun, Leddea J melangkah jauh dalam dunia muzik, dengan pelbagai lagu seperti Dikesai Ke Tikai dan Dilaya Entua. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam perjalanan kariernya, beliau tetap bersemangat untuk menghasilkan karya yang bermakna.

Beliau juga mengingatkan bahawa kejayaan sejati datang dari dalam diri yang tulus dan penuh rasa syukur, bukan sekadar daripada kemasyhuran.

Dalam setiap lagu yang dihasilkannya, Leddea J mengingati kita untuk sentiasa memperbaiki diri, kerana setiap keputusan dan langkah kita membawa kesan yang besar bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain yang kita sayangi.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi