ARTIKEL

Cabaran berliku bantuan ke pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Walaupun menghadapai kesukaran untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk luar bandar, ia bukan halangan buat badan bukan kerajaan (NGO), Extrameal Bintulu untuk meneruskan hasrat murni mereka.

Malah ia merupakan satu cabaran harus ditempuhi dalam memastikan penduduk di luar bandar tidak terputus bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasasnya Francis Ngu Hown Hua berkata, pihaknya memastikan makanan itu sampai dan berdepan pelbagai cabaran setiap kali ke beberapa kampung dan rumah panjang terpencil di kawasan luar bandar.

“Sejak minggu lalu Extrameal Bintulu berjaya menghulurkan bantuan makanan kepada 1,000 penduduk di kawasan yang mengalami kesukaran akibat akses jalan dan terpaksa menggunakan pengangkutan sungai.

“Kesukaran ini membuat kita menjadi lebih bersemangat untuk terus membantu biarpun sedar kami juga mempertaruhkan nyawa apabila melalui sungai dengan perahu kecil termasuk kekangan geografi.

“Kami berjaya menyampaikan bantuan makanan kepada 620 keluarga dalam tempoh seminggu dan proses pengagihan bantuan berterusan sejak minggu lalu,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Bagaimanapun Francis berkata, pasukan penghantar akan meneruskan apa yang diusahakan tanpa mengira hujan atau panas.

Menurutnya, antara sumbangan yang diberikan iaitu beras, gula, garam, kopi, teh serta barangan keperluan harian yang lain. Beliau turut berpesan kepada penduduk yang berada di sekitar Bintulu iaitu golongan yang benar-benar memerlukan agar berjumpa dengan pasukannya bagi mendapatkan bantuan itu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha