ARTIKEL

Cabul kanak-kanak usia 9 tahun, lelaki ditahan reman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru ngaji ditangkap kerana disyaki mencabul seorang pelajarnya, kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata suspek berusia lebih kurang 70 tahun itu ditangkap di rumahnya di Kampung Asajaya kira-kira jam 5.20 petang semalam, susulan laporan polis yang di buat oleh ibu mangsa.

“Menurut ibu mangsa, anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan dan memberitahu dia diganggu guru ngajinya sebanyak tiga kali pada bulan ini sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kejadian berlaku di rumah suspek ketika mangsa datang untuk mengaji.

“Mangsa dipercayai telah dicabul beberapa kali di rumah guru ngajinya.

“Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati tiada kesan kemasukan di kemaluan mangsa, hanya kesan luaran akibat geseran sahaja,” katanya.

Sudirman berkata suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan dan telah mendapat perintah reman di mahkamah selama lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha