KUCHING: Dua pemenang menerima hadiah utama cabutan bertuah Pesta Kuching 2026 masing-masing berupa sebuah motosikal dan skuter elektrik yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng.
Pemenang ialah Lim Heng Siang yang membawa pulang skuter elektrik EZI RAY-01, manakala Ho Kok Soon memenangi motosikal SM Sport 110E pada cabutan bertuah yang diadakan pada 16 Ogos lalu, iaitu hari terakhir Pesta Kuching 2026.

Dalam pada itu, Wee merakamkan penghargaan kepada Tay Motor atas tajaan dua hadiah utama tersebut yang disifatkannya sebagai sumbangan penting sektor swasta dalam menjayakan sambutan tahunan berkenaan.
“Sokongan dan sumbangan sektor swasta memainkan peranan penting dalam menjadikan Pesta Kuching, satu sambutan tahunan yang bermakna kepada masyarakat,” katanya.





