ARTIKEL

CAKAP… Dr Juanda bercakap pada majlis penutupan Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 hari ini.

Cadangan Debat Integriti Piala Premier Sarawak berkonsep DUN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 dicadangkan diadakan di kampus dengan suasana persidangan menyerupai Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meningkatkan keyakinan mahasiswa ketika berhujah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, cadangan itu dikemukakan pada majlis penutupan pertandingan itu yang disertai 16 pasukan daripada institusi pengajian tinggi (IPT).


SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.

SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.

Menurutnya, penyediaan meja dan susun atur ruang seperti di DUN dapat membantu peserta membina keyakinan diri selain membiasakan mereka dengan suasana perbahasan sebenar.

“Saya meminta pihak penganjur supaya pada tahun depan dapat menyediakan meja yang menyerupai meja persidangan di DUN, sekali gus membolehkan para pendebat merasai suasana sebenar dan meningkatkan keyakinan ketika menyampaikan pandangan,” katanya pada majlis penutupan pertandingan itu di sebuah hotel di sini, hari ini.

SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.
SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.

Beliau berkata, pertandingan itu juga boleh dianjurkan di kampus seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atau Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak bagi memberi peluang kepada lebih ramai mahasiswa menyaksikan pertandingan secara langsung.

Katanya, kehadiran mahasiswa sebagai penonton dan penyokong pasukan masing-masing bukan sahaja mampu memeriahkan pertandingan, malah menggalakkan budaya berbahas serta bertukar pandangan secara berhemah dalam kalangan generasi muda.

SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.
SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.

“Dengan melihat kualiti penyampaian peserta hari ini, saya percaya pertandingan ini akan mendapat sambutan baik dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata, debat tidak seharusnya dilihat sebagai pertandingan semata-mata, sebaliknya menjadi platform untuk membentuk pemikiran kritis, mengasah kemahiran komunikasi dan melatih peserta mempertahankan pendirian secara rasional.

SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.
SAGUHATI… Dr Juanda merakam kenangan bersama peserta Pertandingan Debat Integriti Piala Premier Sarawak 2026 yang menerima hadiah saguhati sebanyak RM2,000 setiap pasukan.

Menurutnya, sesuatu idea yang bernas perlu disampaikan dengan bertanggungjawab, berasaskan fakta dan menggunakan bahasa yang baik supaya dapat diterima oleh pihak lain.

“Tidak bersetuju tidak bermakna kita perlu bermusuh.

Perbezaan pandangan sepatutnya membina keharmonian, manakala kritikan bukan bererti menghina.

“Kekuatan sesuatu hujah pula bukan pada suara yang paling lantang tetapi bergantung kepada ketepatan fakta, kekuatan alasan dan ketajaman fikiran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu generasi muda mempunyai keberanian untuk bersuara dan mempertahankan kebenaran, namun keberanian itu perlu disertai ilmu, fakta yang sahih, kebijaksanaan serta adab.

Beliau berkata, bakat yang dicungkil menerusi pertandingan itu perlu terus diasah kerana peserta berpotensi menjadi pemimpin, golongan profesional, ketua jabatan serta individu berpengaruh pada masa hadapan.

Dalam perkembangan sama, Dr Juanda berharap pertandingan berkenaan diperluaskan dengan penyertaan lebih banyak IPT khususnya institusi milik Kerajaan Sarawak, bagi memperkukuh pemahaman generasi muda terhadap integriti, tatakelola, akauntabiliti dan antirasuah.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha