ARTIKEL

Cadangan had tempoh pemimpin tidak sesuai di Sarawak – Henry

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan pemimpin negeri tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak selagi negeri itu belum mencapai pembangunan sepenuhnya dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) belum dilaksanakan secara menyeluruh.

Justeru, Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Henry Harry Jinep menyelar kenyataan Senator Abun Sui Anyit supaya cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal turut diperluas kepada Premier Sarawak dan pemimpin negeri yang lain menerusi pindaan perlembagaan negeri.

Beliau berkata, setiap pembaharuan politik perlu mengambil kira keadaan dan keperluan Sarawak yang masih dalam proses pembangunan, manakala langkah mengehadkan tempoh jawatan terlalu awal boleh menjejaskan kesinambungan pembangunan negeri.

“Kita tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan sentimen politik, sebaliknya perlu melihat realiti sebenar Sarawak,” katanya.

Menjelas lanjut, Henry berkata beliau tidak melihat sebarang manfaat jelas untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Premier pada masa ini kerana Sarawak masih memerlukan kepimpinan yang kuat dan konsisten.

Katanya, kepimpinan sedemikian penting bagi memacu pembangunan, mengurus hasil ekonomi negeri dan menuntut semula hak-hak Sarawak di bawah MA63 supaya negeri itu dapat mencapai status wilayah maju sepenuhnya.

Henry berkata keutamaan Sarawak ketika ini ialah pembangunan menyeluruh, terutama di kawasan luar bandar yang masih memerlukan kemudahan asas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha