ARTIKEL

Datuk Sri Fadilah berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Melanau Bintulu di salah sebuah hotel terkenal di Bintulu, malam tadi.

Cadangan kereta api rentas Borneo masih di peringkat rundingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Cadangan Kerajaan Sarawak berkenaan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo kini masih di peringkat rundingan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadilah Yusof berkata, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah sedang memperincikan perancangan yang melibatkan beberapa negara dan negeri di Kepulauan Borneo yang merangkumi Indonesia, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata tiada sebarang tempoh masa yang boleh dinyatakan bagi pelaksanaan perancangan tersebut.

“Namun kita berharap ia akan dapat dilaksanakan secepat yang mungkin,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Persatuan Melanau Bintulu, di salah sebuah hotel terkenal di sini, malam tadi.

Cadangan pembinaan itu telah disampaikan oleh Sarawak kepada Kementerian Pengangkutan sewaktu pertemuan yang berlangsung pada Mei yang lalu.

Mengenai hasrat Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih MASWings, Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia itu berkata, perundingan sedang dimuktamadkan dengan banyak perkara perlu diperincikan.

“Salah satu cabaran rakyat Sarawak ialah ramai di antara mereka yang bekerja, bekeluarga serta belajar di luar Sarawak.

“Apabila kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri, diharapkan kadar tambang akan lebih mampu dan munasabah untuk ditanggung oleh rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata cadangan untuk Pelabuhan Bintulu diserahkan kembali kepada Kerajaan Sarawak secara prinsipnya telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, perundingan untuk jumlah yang harus dibayar semula kepada Kerajaan Persekutuan atas pelaburan dan pembinaan pelabuhan tersebut dahulu perlu diperincikan,” ujarnya sambil menambah sekiranya perkara itu dapat direalisasikan, ia akan memberikan kelebihan kepada rakyat di Bintulu khususnya dari segi peluang pekerjaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan