ARTIKEL

TANGKAP LAYAR… ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap.

Cadangan nama ‘Jalan Hakka’ Perkukuh Identiti Warisan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan menamakan sebuah jalan berhampiran ‘Hakka Avenue’ sebagai Jalan Hakka disifatkan sebagai langkah menyokong agenda pembangunan pelancongan negeri melalui pengukuhan identiti warisan budaya setempat.

ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap berkata, cadangan ini bukan sahaja mengiktiraf warisan budaya, tetapi kerana ia mempunyai nilai dari segi pembangunan infrastruktur, sosial dan pelancongan yang berkaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan.

“Pengiktirafan Jalan Hakka secara rasmi boleh menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh produk pelancongan warisan pelbagai budaya di Kuching.

“Penamaan sebegini menyumbang kepada penjenamaan tempat, meningkatkan keterlihatan kepada pelancong domestik dan antarabangsa yang ingin meneroka warisan pelbagai budaya Sarawak,” katanya ketika membahaskan RUU Perbekalan (2026) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Tambahnya, penamaan atau pembangunan sesuatu jalan melibatkan kos yang boleh diurus dan perkara ini terletak di bawah peruntukan Pembangunan Bandar, Kerja Raya serta pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran.

Beliau menggariskan bahawa komuniti Hakka memberi sumbangan besar kepada negeri sejak dahulu lagi — daripada pertanian dan perdagangan pada awal pembangunan, hinggalah kepada pendidikan, pembangunan sekolah vernakular, perkhidmatan profesional, keusahawanan dan kepimpinan masyarakat.

“Justeru, menamakan sebuah jalan sebagai Jalan Hakka memberikan pengiktirafan yang adil dan seimbang, sama seperti jalan-jalan lain yang dinamakan sempena kumpulan dialek Cina dan komuniti lain di Kuching.

Dalam perkembangan lain, beliau menyentuh mengenai isu perparitan dan jalan di Kota Sentosa – menjelaskan bahawa masalah tersebut wujud sebelum GPS mengambil alih kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memuji dan menyokong pendekatan jangka panjang kerajaan GPS dalam menaik taraf sistem perparitan, membina saluran monsun, mengukuhkan tebing sungai.

“Penyelesaian sebenar memerlukan peruntukan dan kerja teknikal, bukan hantaran di media sosial,” ringkasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha