ARTIKEL

Cadangan  perkenal semula GST – Ismail Sabri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula kerana sistem cukai tersebut terbukti jauh lebih cekap, telus dan adil berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau yang juga merupakan bekas perdana menteri berkata ketika GST dihapuskan, negara hilang kira-kira RM20 bilion sehingga RM30 bilion setahun akibat ‘black economy’ (aktiviti ekonomi yang tidak direkod dan tidak membayar cukai kepada kerajaan) kerana mereka yang tidak membayar cukai tidak dapat dipantau. 

Mengenai cadangan kerajaan untuk menaikkan SST kepada 8.0 peratus daripada 6.0 peratus, beliau berkata, meskipun kenaikan itu tidak melibatkan makanan dan minuman namun ia akan memberi kesan berantai kepada semua aspek yang akan turut mendorong kenaikan kepada barang-barang asas. 

“Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka,” kata Ismail Sabri ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Malaysia telah melaksanakan SST, sistem cukai satu peringkat sejak 1972, tetapi pada April 2015, ia telah digantikan oleh GST, iaitu cukai penggunaan pelbagai peringkat, pada kadar enam peratus.

Kerajaan telah melaksanakan semula SST berkuatkuasa 1 Sept, 2018, bagi menggantikan GST.

Menurut  laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan baru-baru ini, Kementerian Kewangan berkata  pemilihan antara SST dengan GST bergantung kepada objektif ekonomi negara, keupayaan pentadbiran dan keperluan untuk mencapai keseimbangan optimum antara menjana pendapatan dengan menggalakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat. 

Menurut kementerian itu, pelaksanaan SST bercirikan skop yang lebih kecil merupakan strategi berhemat dalam cukai penggunaan kerana hanya dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu.

GST berpotensi menjana hasil lebih banyak dengan asas cukai yang lebih luas dan lebih telus kepada pengguna kerana cukai ditunjukkan dengan jelas dalam harga barangan dan perkhidmatan akhir, di samping mengurangkan saiz ekonomi bayangan, katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,