ARTIKEL

Cadangan pindaan takrifan DUN ke Dewan Undangan Sarawak tepat pada masanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan untuk meminda takrifan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Dewan Undangan Sarawak, sementara gelaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Ahli Parlimen Sarawak pada sidang DUN Mei depan tepat pada masanya.

Itu ditegaskan Timbalan Presiden Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS) Ricky Sani dan Naib Presidennya Nelly Tawai dalam kenyataan bersama hari ini.

Menurutnya, usul pindaan tersebut pernah dibangkitkan oleh ADUN Tamin Ir Christopher Gira Sambang dalam satu kenyataan media pada 2022.

“PERANTIS berpendapat sama dan menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan tersebut untuk dibawa ke sidang DUN Sarawak pada Mei depan.

“Sudah tiba masanya takrifan DUN Sarawak dipinda kepada Dewan Undangan Sarawak, sementara gelaran ADUN dipinda kepada Ahli Parlimen Sarawak,” katanya.

Jelasnya, penguatkuasaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] berdasarkan Seksyen 1(2) Akta A1642 bermula 11 Februari 2022 mengiktiraf Sabah dan Sarawak secara rasmi sebagai rakan kongsi Semenanjung Malaysia.

“Ia dengan berkuat kuasanya pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 dan Fasal (2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan tidak membawa makna yang signifikan tanpa adanya pindaan terhadap perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai tafsiran “The Federation”.

“Oleh demikian, dengan berkuat kuasanya RUU tersebut, memberi manfaat yang dapat menjelaskan kedudukan sebenar Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain turut memberi pengiktirafan kepada perjanjian itu dalam Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini tiada rujukan dibuat didalamnya.

“Dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, ia akan membuka jalan kepada pemulihan atau pindaan yang akan dibuat di sidang DUN untuk mengembalikan semula hak-hak Sarawak yang terhakis selama 60 tahun,” ujarnya.

Tegas Ricky dan Nelly lagi, sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia, semua perkongsian iaitu hasil yang harus dibahagi berdasarkan kepada beberapa faktor merangkumi sumbangan Sarawak kepada kewangan negara termasuk pendapatan yang diterima Kerajaan Persekutuan melalui eksploitasi sumber semula jadi wilayah dan hasil yang diterima daripada cukai di Sarawak.

“Pastinya tuntutan pembangunan Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2025.

“Ini kerana masih terdapat daerah yang mundur dengan kelengkapan yang daif. Semakan MA63 juga pastinya akan menimbulkan keperluan penilaian semula beberapa amalan yang telah terlaksana sebelum ini,” tambahnya.

Sarawak dan Sabah katanya lagi harus menuntut komposisi satu pertiga kerusi untuk Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat, seperti termaktub dalam MA63.

“Tuntutan itu wajar bagi mengembalikan hak berkenaan yang terhakis sejak Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.

“Ini adalah perlindungan yang telah dipersetujui sejak dalam rundingan penubuhan Malaysia lagi.

“Memang ini merupakan komposisi yang telah termaktub di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang menyatakan bahawa dahulu sebelum Singapura keluar dari Malaysia, komposisi kita sepatutnya satu pertiga di dalam Parlimen,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha