ARTIKEL

Foto TVS

Cadangan PRN serentak perlu pertimbangan kepimpinan parti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak di Johor, Melaka dan Sarawak perlu diteliti secara menyeluruh oleh kepimpinan tertinggi parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, perkara tersebut memerlukan pertimbangan rapi terutama melibatkan kepimpinan parti-parti utama termasuk di peringkat negeri.

Menurutnya, keputusan berkaitan cadangan itu juga bergantung kepada kepimpinan tertinggi parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bagi saya ini terserah kepada kepimpinan tertinggi parti-parti utama di Malaysia termasuk di Sarawak. Kita ada Pengerusi GPS dan juga majlis tertinggi untuk membuat keputusan.

“Bagaimanapun pada prinsip asasnya, pilihan raya serentak ini ramai yang menyatakan ia akan menjimatkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mengadakan pilihan raya serentak seperti yang dibangkitkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan baru-baru ini.

Terdahulu, Mohammad Razi menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Saribas bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta Masjid Kampung Serembang di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Dr Ahmad Maslan dilaporkan menyatakan sokongan terhadap cadangan supaya PRN di beberapa negeri diadakan secara serentak bagi mengurangkan kos serta mengelakkan tempoh politiking yang berpanjangan.

Untuk rekod, Johor, Melaka dan Sarawak dijangka mengadakan PRN masing-masing dalam tempoh terdekat berikutan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berakhir tahun ini.-TVS

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU