ARTIKEL

BAHAS….Yakub ketika membahaskan RUU Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Cadangan projek pendaratan hasil minyak dan gas di Mateding buka peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Zon Industri Mateding merupakan lokasi yang paling strategik untuk penubuhan projek pendaratan hasil minyak dan gas, kata ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

Katanya, Petronas telah mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405N Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di perairan cetek wilayah Balingian.

“Disebabkan itu, projek ini dicadangkan untuk diletakkan di kawasan Mateding kerana ia merupakan lokasi strategik.

“Pendaratan hasil minyak dan gas ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang baharu untuk dimanfaatkan oleh rakyat dan pemain industri di bahagian Mukah secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Yakub turut mencadangkan pembinaan Jalan Bukut-Sungai Bawan –RGC Balingian kerana ia dapat memanfaatkan seramai 3,500 penduduk merangkumi 38 buah rumah panjang di bawah pentadbiran Daerah Kecil Balingian.

Ujarnya, jalan ini akan memendekkan masa perjalanan sekali gus memanfaatkan dua DUN iaitu Kakus dan Balingian.

“Secara tidak langsung, ini akan memudahkan penduduk di kawasan DUN Kakus seperti Bukut dan Ulu Arip untuk ke Pejabat Daerah Kecil Balingian atau utusan yang melibatkan pejabat-pejabat kerajaan di Pekan Balingian.

“Manakala, Jalan Persekutuan Balingian ke Sungai Anak yang telah lama dibina perlu diberi perhatian oleh agensi berkaitan serta perlu diselenggara dan diteruskan pembinaannya bagi menghubungkan ke Jalan Pan Borneo demi keperluan rakyat di kawasan tersebut.

“Pembinaan jalan ini bukan sahaja sebagai jalan alternatif Balingian- Bintulu, malah menjadi jalan utama kepada penduduk di sepanjang laluan tersebut untuk akses kepada jalan pesisir pantai dan juga Lebuh Raya Pan Borneo,” jelasnya.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu