ARTIKEL

Caitlin Halderman | Bernama

Caitlin Halderman harap kembangkan kerjaya di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman, berharap penglibatannya dalam drama The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) yang merupakan projek lakonan sulungnya di Malaysia akan membuka peluang untuk beliau mengembangkan kerjaya di negara ini.

Wanita berusia 26 tahun itu menyatakan bahawa pengalaman menjalani penggambaran selama lebih sebulan di Malaysia bagi menjayakan watak Riska telah memupuk keselesaannya terhadap budaya serta cara hidup masyarakat tempatan, sekali gus menyemai keinginan untuk kembali terlibat dalam projek lain di sini.

Caitlin mengakui bahawa beliau berasa selesa bekerja di Malaysia kerana sikap masyarakat yang baik serta keserasian dengan makanan tempatan yang dianggapnya seperti berada di rumah sendiri.

Menurut aktres kacukan Belanda dan Minangkabau itu, walaupun terdapat sedikit kekangan bahasa kerana skrip ditulis dalam bahasa Malaysia, sikap terbuka barisan pelakon lain di set penggambaran telah membantunya untuk berkongsi idea serta bertukar maklumat mengenai industri hiburan kedua-dua negara.

Selain menyifatkan babak dirasuk sebagai cabaran paling besar yang menuntut tenaga dan emosi, Caitlin turut menyatakan bahawa disiplin sebagai bekas atlet polo air banyak membantunya dalam kerjaya lakonan yang diceburi secara tidak sengaja sejak tahun 2015 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU