Cakna isu semasa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

HIDUP dalam dunia dan zaman sekarang, kita mesti dan wajib tahu apa-apa yang berlaku di sekeliling kita.

Kita tidak boleh terlepas apa-apa sahaja isu semasa terutama di persekitaran kita.

Dengan itu, kita tidak boleh esenesen sik tauk (pura-pura tidak tahu), kerana banyak isu berlegar di sekitar kita sebenarnya ada kaitan dengan kita sendiri.

Sama ada isu itu besar — melibatkan dunia ataupun kecil (berlaku dalam keluarga), ia perlu diambil tahu.

Sebab itu, ada yang berpandangan hidup dalam dunia sekarang yang serba moden, kita harus “menjaga tepi kain orang”.

Tidak seperti dahulu, yakni kita tidak digalak untuk ambil tahu akan hal orang lain.

“Jangan sibuk-sibuk dengan hal orang lain!” Antara dialog yang sering kita dengar apabila ada seseorang cuba untuk mengetahui perkara yang berlaku yang dilihat atau didengarinya.

“Orang sik gago dengan hal kita. Jadi, kita sik perlu juak nak jaga tepi kain orang!”

Ini lagi antara dialog-dialog yang sering kita dengar. Kadang-kadang ada benarnya.

Disebabkan sibuk hendak mengetahui hal orang lain, kita pula yang dipersalahkan dan akhirnya menjadi mangsa.

Misalnya, jika ada pergaduhan sama ada di kawasan rumah atau di kedai atau di mana-mana sahaja.

Apabila orang lain yang melihat kejadian itu, dia pasti akan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.

Yang terjadi sebaliknya pula, pergaduhan besar boleh berlaku.

Tidak semena-mena orang yang menegur dan cuba meleraikan pergaduhan tadi turut dipukul sebab dikatakan cuba untuk masuk campur. Dalam hal keluarga pun situasi sama turut berlaku.

Atas sebab-sebab demikian, ada antara kita enggan dan langsung tidak mahu untuk ambil tahu akan hal orang lain, apatah lagi isu-isu semasa yang berlegar-legar di dunia Internet yang setiap saat dipaparkan di skrin telefon bimbit.

Misalnya sekarang isu tentang Palestin dan Israel.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang perang dua negara berkenaan termasuk isu memboikot produk dikeluarkan oleh mana-mana negara yang ada kaitan dengan Israel.

Ini bermaksud setiap orang terutama yang bergelar warga netizen ini sebenarnya tahu akan isu-isu semasa.

Setiap hari ada-ada sahaja pandangan mereka berkaitan itu berkenaan yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial, yang kemudian dikongsikan di kumpulan WhatsApp pula.

Begitu juga isu lain, misalnya kisah seorang lelaki kecewa kerana tunangnya merupakan isteri orang.

Dia rugi ribuan ringgit disebabkan perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Dia ditipu tunangnya yang masih isteri orang.

Kisah lelaki ini tular di media sosial yang turut dilaporkan dalam akhbar harian.

Warga netizen yang tertarik dengan isu ini sedaya-upaya mencari siapa wanita itu, di mana tempat tinggalnya, apa pekerjaannya dan banyak lagi.

Begitu juga siapa lelaki itu dan sebagainya.

Sekejap sahaja informasi yang diperlukan dapat diperoleh.

Nah, jika tidak peka dan cakna dengan isu semasa, mana mungkin warga netizen dengan minat tinggi mudah mencari maklumat yang diperlukan.

Kadang-kadang dengan tujuan untuk menjadi orang pertama berkongsikan maklumat yang diperoleh.

Pastikan info betul Apa-apa pun, pastikan setiap maklumat yang dicari dan diterima boleh dipercayai akan kesahihannya. Begitu juga apabila menerima apaapa maklumat — perlu memastikan datangnya daripada sumber yang boleh dipercayai.

Pastikan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai seperti berita tempatan dan antarabangsa, laman web kerajaan, akhbar dan sumbersumber berita yang terkenal.

Amalan yang baik adalah dengan mencari maklumat daripada beberapa sumber untuk mendapatkan gambaran yang lebih lengkap dan tepat tentang isu semasa.

Apabila menilai maklumat, penting untuk kita meneliti, menyemak fakta, seterusnya memastikan sumbernya boleh dipercayai dan sahih sebelum membuat kesimpulan mengenai sesuatu isu.

Cakna isu semasa sebenarnya sangat penting kerana ia membolehkan kita berkongsi pengetahuan.

Maksudnya, memahami isu-isu yang sedang berlaku membolehkan kita berbincang dengan orang lain dan berkongsi maklumat yang tepat.

Lantaran itu, ini akan membantu membina kefahaman yang lebih baik selain membolehkan kita memainkan peranan penting dalam apa-apa perbincangan.

Membetulkan info yang salah.

Isu-isu semasa biasanya sering berkait rapat dengan kehidupan harian kita.

Mengetahui tentang isuisu akan membuka mata dan fikiran kita terhadap impak isu itu terhadap komuniti, negara, dan dunia secara keseluruhan.

Seterusnya memahami isuisu semasa membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik, termasuk penglibatan dalam proses demokratik, seperti mengundi dan menyuarakan pandangan kita.

Dalam beberapa kes, isuisu semasa seperti kesihatan awam atau kejadian semasa boleh memberi petunjuk tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri dan orang sekeliling.

Dalam membina pemahaman global, dunia semakin bersambung dan isu-isu yang berlaku di satu tempat boleh mempunyai kesan jauh ke tempat lain.

Memahami isu-isu ini akan membantu kita memahami hubungan global yang semakin kompleks.

Jika cakna akan isu semasa, kita dapat mengambil peranan yang lebih aktif dalam masyarakat, membuat keputusan yang lebih baik, dan membentuk pandangan kita berdasarkan maklumat yang tepat.

Malah, tindakan awal tentang sesuatu isu juga dapat dibuat awal.

Misalnya, kita bakal berdepan dengan Monsun Timur Laut yang berkaitan dengan kecemasan dan bencana.

Dalam hal ini, kita harus mengetahui situasi yang berlaku disebabkan Monsun Timur Laut.

Biasanya hujan lebat berterusan, banjir serta ancaman tanah runtuh.

Masyarakat harus tahu akan hal ini yang sudah banyak dilaporkan oleh media sama ada melalui media konvensional atau melalui Internet.

Dan, setiap kejadian yang berlaku kesan daripada Monsun Timur Laut ini akan pantas dikongsikan oleh media melalui berita kilat (pantas) di media sosial.

Ini penting terutama melibatkan mereka yang sering menjadi mangsa tanah runtuh serta banjir.

Malah mereka yang jarang menerima impak sedemikian juga tidak boleh pura-pura tidak tahu.

Kesannya mungkin amat dahsyat.

Oleh itu, mereka (masyarakat) mesti tahu membuat keputusan.

Kalau perlu untuk berpindah, segera berpindah. Jadi, kita harus peka dengan sebarang isu yang timbul, kerana ia kadang-kadang turut memberikan kesan baik dan buruk terhadap kita sendiri.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Lain-lain

Pimpinlah tanganku

BAGI anda kepimpinan itu seperti apa? Saya menganggap ia tanggungjawab