ARTIKEL

Calon berkelayakan dipelawa sertai Bomba dan Penyelamat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kini membuat sesi pengambilan bagi jawatan Pegawai Bomba Sepenuh Masa (PSM) dan Pegawai Bomba Bantuan (PBB).

Pengarah Bomba Sarawak Khirudin Drahman berkata warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon kedua-dua jawatan ini.

Katanya bagi PSM, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang www.spa.gov.my.

“Pemohon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal seperti tinggi sekurang-kurangnya 1.57 meter bagi lelaki dan 1.53 meter bagi wanita tanpa sepatu dan berat badan sekurang-kurangnya 48 kilogram bagi lelaki dan 46 kilogram bagi wanita.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha