ARTIKEL

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong

Calon BN diumum tanpa rundingan tidak boleh diterima – Wee Ka Siong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: MCA menegaskan parti itu menolak mana-mana calon yang diumumkan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 jika tiada persetujuan kepimpinan tertinggi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyifatkan pengumuman calon tanpa rundingan sebagai tidak boleh diterima, apatah lagi kerusi yang pernah ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.

Beliau turut mendakwa MCA hanya dimaklumkan bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam itu ialah pelancaran jentera pilihan raya, bukan pengumuman calon.

Wee dan kepimpinan MCA dikatakan meninggalkan majlis itu sebelum ucaptama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lalu mengadakan sidang media di luar dewan seperti dilapor Bernama.

Wee berharap isu itu dapat diperbetulkan sebelum hari penamaan calon dan menggesa kepimpinan tertinggi BN pusat campur tangan, sementara BN mengumumkan calon di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk dua wakil MCA, iaitu Datuk Ngwe Hee Sem di Machap Jaya dan Datuk Lim Ban Hong di Kelebang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemansang setimbang

KUCHING: Pemeruan rampa menua patut serius enggau pengawa ngetanka pengelantang komuniti dikena nentuka pengidup mensia enggau rampa menua asal ti setimbang majak dijaga. Premier Sarawak