ARTIKEL

Pesuruhjaya PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo -

PAS Sarawak Sasar Empat Kerusi DUN Pada PRN Ke-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: PAS Sarawak menyasarkan untuk bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13, iaitu Beting Maro, Samariang dan Sebuyau, manakala satu lagi kerusi di wilayah utara negeri itu masih dalam pertimbangan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo berkata kerusi keempat itu berkemungkinan melibatkan kawasan di bawah Parlimen Bintulu atau Sibuti, namun keputusan akhir tertakluk pada kelulusan kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata pemilihan kerusi berkenaan mengambil kira persediaan jentera parti yang telah digerakkan lebih awal serta pengalaman PAS bertanding di Sarawak dari 2001.

Sejak mula bertanding di Sarawak pada 2001, PAS masih belum memenangi sebarang kerusi DUN di negeri itu.

Parti berkenaan kini mempunyai lebih 8,000 ahli di Sarawak, termasuk 1,423 ahli berdaftar di Beting Maro dengan lapan cawangan aktif.

Semalam, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media khas mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa pada Isnin, 26 Okt, bagi memberikan laluan kepada PRN ke-13. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lee cadang sekolah menengah baharu di Senadin

MIRI: Sebuah lagi sekolah menengah dicadangkan dibina di Desa Senadin bagi menampung pertambahan penduduk dan pelajar susulan pembangunan pesat kawasan perumahan di utara bandar raya