ARTIKEL

Lee cadang sekolah menengah baharu di Senadin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah lagi sekolah menengah dicadangkan dibina di Desa Senadin bagi menampung pertambahan penduduk dan pelajar susulan pembangunan pesat kawasan perumahan di utara bandar raya ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Miri sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan kemudahan pendidikan seiring perkembangan kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu, keperluan sekolah tambahan semakin mendesak apabila SMK Pujut kini menempatkan kira-kira 2,800 pelajar, manakala beberapa sekolah lain, termasuk SMK Merbau, turut mempunyai jumlah pelajar yang tinggi.

“Kita perlu merancang dari sekarang supaya pertambahan penduduk tidak menyebabkan kemudahan pendidikan semakin sesak,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Pujut di sini, semalam.

Pembinaan SMK Tudan telah siap dan dijangka mula beroperasi tahun depan akan menambah kapasiti pendidikan menengah di kawasan Senadin dan Permyjaya.

“Bagaimanapun, kita masih memerlukan sekolah tambahan kerana pembangunan perumahan di Desa Senadin dan kawasan sekitarnya terus berkembang,” katanya.

Mengimbas pembangunan kawasan itu, beliau berkata, Desa Senadin, Permyjaya dan Tudan pada asalnya merupakan kawasan hutan ketika beliau mula dipilih sebagai ADUN Senadin.

Katanya, perancangan pembangunan perumahan ketika itu turut mengambil kira keperluan sekolah rendah dan menengah, sekali gus membawa kepada pembinaan SK Senadin dan SMK Pujut yang mula beroperasi pada 2004.

Beliau berkata, kawasan itu turut menempatkan institusi pendidikan dan latihan kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Komuniti, selain hospital swasta KPJ.

Dalam perkembangan berkaitan, Lee berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta bagi membangunkan tempat letak kenderaan di SMK Pujut bagi mengurangkan kesesakan ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak mereka.

Menurutnya, peruntukan itu disediakan Kerajaan Sarawak dan bukannya Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan keselesaan serta keselamatan warga sekolah.

/tamat/

BERITA LAIN

RM1.146 juta geran MRP untuk 82 penerima di Satok

KUCHING: Sebanyak RM1.146 juta disalurkan kepada 82 penerima menerusi baki geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 bagi menyokong keperluan pendidikan, rumah ibadat, persatuan dan

BERITA TERBARU

Dua lelaki ditahan, kipas dan kabel dirampasa

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam jenayah harta benda hanya 27 minit selepas menerima laporan berhubung kejadian di Jalan Pujut Padang Kerbau,