ARTIKEL

Kerajaan Sedia Tanggung Subsidi Bahan Api Hingga RM45 Bilion Setahun, Elak Rakyat Terbeban – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Kerajaan bersedia menanggung kenaikan kos subsidi bahan api yang dianggarkan mencecah hingga RM45 bilion setahun susulan lonjakan harga minyak mentah dunia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak mentah antarabangsa kini mencecah antara USD120 hingga USD130 setong.

Beliau berkata langkah itu bertujuan melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana daripada kesan kenaikan harga bahan api dalam pasaran global.

“Kalau harga minyak satu tong pagi ini sudah melonjak (dan berterusan) kos yang akan ditanggung oleh kerajaan akan mencecah antara RM42 bilion hingga RM45 bilion satu tahun.

“Kalau kita naik harga minyak ikut pasaran, tiap-tiap hari kena tambah RM2, RM3, minimum RM5 tiap-tiap hari. Bayangkan kalau penggunaan itu lebih, hantar anak ke sekolah, dia sendiri kerja, itu tiap-tiap hari RM10 … lebih baik kerajaan terbeban daripada bebankan rakyat, ibu bapa kita,” kata beliau ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih MADANI dan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua lelaki ditahan, kipas dan kabel dirampasa

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam jenayah harta benda hanya 27 minit selepas menerima laporan berhubung kejadian di Jalan Pujut Padang Kerbau,

UNIFOR salur RM225,707 untuk kemudahan sekolah

KUCHING: Dua sekolah di kawasan Kota Sentosa menerima peruntukan berjumlah RM225,707 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselesaan pelajar.