ARTIKEL

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak

Ustaz Wadi Annuar cedera, tiga kenderaan terlibat kemalangan di Gerik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pendakwah Ustaz Wadi Annuar antara lima orang yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat, Gerik, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, menyatakan kejadian pada 2.40 pagi itu melibatkan Perodua Myvi, Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Menurut beliau, Myvi terbabas ke dalam longkang sehingga pemandunya berusia 24 tahun parah, penumpang lelaki berusia 25 tahun tersepit di hadapan dan penumpang belakang berusia 24 tahun cedera ringan.

Empat individu dalam Vellfire dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dengan dua daripadanya cedera, manakala tiga penumpang Bezza tidak mengalami kecederaan.

Sukarelawan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Mohd Amir Faizal Mohd Zaki memaklumkan Ustaz Wadi Annuar cedera pada bahagian rusuk, tetapi stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU