ARTIKEL

Aaron ketika berucap pada majlis itu. | FOTO: LEVRONE AIGLE

Sarawak catat 63 KRT Progresif, antara tertinggi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 63 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif sehingga September 2026, sekali gus meletakkannya antara negeri yang mempunyai jumlah tertinggi di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, pencapaian itu mencerminkan penglibatan aktif komuniti setempat dalam memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Menurutnya, sebanyak 579 KRT Progresif dibangunkan di seluruh negara sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2024, manakala Selangor dan Terengganu masing-masing merekodkan 62 kawasan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Rukun Tetangga Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak, di sini, hari ini.

Aaron berkata, KRT Progresif bertujuan memperluas peranan KRT kepada organisasi yang turut menyumbang pembangunan komuniti melalui lapan bidang utama, termasuk ekonomi, keselamatan, kepimpinan, kesejahteraan, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta.

Sebanyak 760 projek ekonomi kini digerakkan KRT Progresif di seluruh negara, merangkumi kebun komuniti, penghasilan makanan, kraftangan dan perusahaan kecil setempat.

Inisiatif itu bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan tambahan, malah membantu meringankan beban kos sara hidup melalui kegiatan ekonomi berasaskan potensi setempat.

Sehubungan itu, Aaron menggalakkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) membantu KRT memperluas pemasaran produk komuniti menerusi platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Katanya, usaha itu perlu disokong melalui latihan pemasaran digital, penambahbaikan pembungkusan dan penjenamaan serta bimbingan pengurusan pesanan dan penghantaran, selain diselaraskan bersama Kempen Beli Barangan Malaysia bagi memperluas pasaran dan menggalakkan pembelian produk tempatan.

Aaron berharap pencapaian Sarawak dapat mendorong lebih banyak KRT meneroka potensi ekonomi setempat, memperkukuh kerjasama kejiranan dan membangunkan komuniti yang berdaya tahan.

/tamat/

BERITA LAIN

Lee cadang sekolah menengah baharu di Senadin

MIRI: Sebuah lagi sekolah menengah dicadangkan dibina di Desa Senadin bagi menampung pertambahan penduduk dan pelajar susulan pembangunan pesat kawasan perumahan di utara bandar raya

UNIFOR salur RM225,707 untuk kemudahan sekolah

KUCHING: Dua sekolah di kawasan Kota Sentosa menerima peruntukan berjumlah RM225,707 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselesaan pelajar.

BERITA TERBARU

Lee cadang sekolah menengah baharu di Senadin

MIRI: Sebuah lagi sekolah menengah dicadangkan dibina di Desa Senadin bagi menampung pertambahan penduduk dan pelajar susulan pembangunan pesat kawasan perumahan di utara bandar raya