ARTIKEL

Kredit: Unit Foto Bilik Gerakan Utama Calon PH DUN Paloh

Calon PH Paloh dimasukkan ke hospital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KLUANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Paloh, Dr A. Ruban dimasukkan ke sebuah hospital di Batu Pahat tengah hari semalam selepas mengalami masalah slipped disc.

Beliau mendapatkan rawatan selepas mengalami kesakitan yang menyukarkan pergerakan. Dr Ruban mempunyai sejarah masalah tulang belakang dan pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

Menurut Bernama, keadaan itu dipercayai berpunca daripada jadual kempen PRN Johor yang padat serta aktiviti turun padang sepanjang tempoh berkempen. Bagaimanapun, beliau dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar hospital dalam tempoh satu atau dua hari.

Walaupun beliau berehat, jentera PH DUN Paloh akan meneruskan kempen bagi memastikan manifesto dan mesej parti terus disampaikan kepada pengundi.

DUN Paloh menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Dr Ruban, D. Jeevakumar (PN), G. Kamaleswaren (Bebas) dan penyandang Lee Ting Han (BN). PRN Johor berlangsung pada 11 Julai, manakala pengundian awal diadakan semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU