ARTIKEL

Cangkir Retak penampilan sulung Yusuf Sufali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Yusuf Sufali ialah nama yang agak baharu dalam arena penulisan puisi (sajak dan puisi tradi-sional dan eksperimental) di Sarawak. Namun nama beliau naik dengan agak mendadak dan pantas.

Pelbagai kejayaan penerbitan menyaksikan pendakian nama beliau di persada sastera Sarawak dan kebangsaan. Buku sulung beliau diterbitkan oleh penerbit yang sangat ternama di Malaysia, DBP.

Walaupun mengaku bahawa kegiatan penulisan beliau bermula agak lewat, namun buku sulung terbitan DBP sememangnya mengundang diskusi yang signifikan.

Kata beliau, buku itu terbit pada usia beliau yang sudah agak lanjut sebab memang lewat terlibat dalam bidang penulisan.

Beliau berjinak-jinak dengan penulisan puisi hanya selepas bersara. Beliau cuma benar-benar aktif menulis pada 2023.

Yusuf Sufali secara khusus sangat menggemari karya aliran realisme. Bagi beliau, dalam proses berfikir untuk memulakan dan menyiapkan sajak, asas beliau belajar menulis sajak memang bertapak pada aliran ini.

Bagi beliau, penulisan puisi aliran realisme ialah gaya penulisan yang menggambarkan kenyataan hidup seharian secara jujur, objektif, dan apa adanya tanpa hiasan yang berlebihan.

Ciri-ciri utama aliran realisme

i. Berteraskan kenyataan (sesuatu yang nyata dalam masyarakat yang melatari karya) karya akan memaparkan peristiwa, latar, dan pengalaman hidup yang benar-benar wujud dalam masyarakat.

ii. Gaya bahasanya telus: Penulis akan menggunakan perkataan yang mudah, bersahaja, dan menjauhi bahasa kiasan atau lambang yang terlalu rumit.

iii. Pendirian penulis, objektif: Penyair bertindak sebagai pemerhati yang merakamkan realiti tanpa mencampurkan perasaan simpati, benci, atau penilaian peribadi yang berlebihan.

iv. Fokus sosial: Sering mengangkat tema berkaitan dengan ekonomi, kelas sosial, perjuangan hidup, dan masalah rakyat marhaen.

Sebagai panduan menulis puisi realisme, Yusuf Sufali mengamalkan:

i. Pemilihan isu sebenar. Beliau mengamati situasi di sekelilingnya, contohnya kehidupan para petani, kesibukan di pasar, atau cabaran hidup di bandar, pergolakan politik semasa.

ii. Penggunaan diksi yang tepat. Untuk merealisasikan hakikat ini, beliau memilih kata-kata harian yang dekat dengan realiti objek yang dilukiskan. Dalam masa yang sama, pengarang ini tampak menguasai kosa kata yang sangat luas.

iii. Mengelakkan unsur berlebihan: Beliau tidak meletakkan angan-angan kosong atau bahasa berbunga-bunga yang mengubah fakta atau keadaan asal. Sajak-sajak beliau tampak ada keabsahan semuanya.

iv. Mengekalkan kejujuran. Yusuf Sufali memilih biar pembaca merasai sendiri kebenaran situasi itu melalui gambaran visual yang jelas.

Di samping memesrai aliran realisme, Yusuf Sufali juga mendekati aliran surealisme.

Beliau turut berjinak-jinak dengan aliran ini kerana berpendapat bahawa dirinya ada minat ke arah itu dan untuk bereksperimen dalam penulisan puisi.

Lagipun aliran ini seperti lebih digemari ramai penulis sekarang.

Penulisan puisi aliran realisme ialah gaya penulisan yang menggambarkan kenyataan hidup seharian secara jujur, objektif, dan apa adanya tanpa hiasan yang berlebihan.

Ciri-ciri utama aliran surealisme (yang tidak banyak bezanya dengan aliran realisme):

i. Berteraskan kenyataan.

Memaparkan peristiwa, latar, dan pengalaman hidup yang benar-benar wujud dalam masyarakat.

ii. Gaya bahasa telus.

Menggunakan perkataan yang mudah, bersahaja dan menjauhi bahasa kiasan atau lambang yang terlalu rumit atau melampau.

iii. Pendirian objektif.

Penyair bertindak sebagai pemerhati yang merakamkan realiti tanpa mencampurkan perasaan simpati, benci, atau penilaian peribadi yang berlebihan.

iv. Fokus sosial.

Sering mengangkat tema berkait ekonomi, kelas sosial, perjuangan hidup, dan masalah rakyat marhaen.

Panduan menulis puisi realisme

i. Memilih isu sebenar: Amati situasi di sekeliling anda, contohnya kehidupan pekerja kilang, kesibukan di pasar, atau cabaran hidup di bandar.

ii. Menggunakan diksi tepat: Pilih kata-kata harian yang dekat dengan realiti objek yang dilukiskan.

iii. Mengelakkan unsur berlebihan: Jangan meletakkan angan-angan kosong atau bahasa berbunga-bunga yang mengubah fakta atau keadaan asal.

iv. Mengekalkan kejujuran: Biar pembaca merasai sendiri kebenaran situasi itu melalui gambaran visual yang jelas.

Setakat dalam kumpulan sajak sulung ini, belum begitu ketara amalan aliran surealisme dalam sajak-sajak beliau. Yang lebih mendominasi karya beliau ialah ciri-ciri keabsahan yang autentik.

Tema

Puisi-puisi Yusuf Sufali tidak menggagahi satu-satu tema yang khusus. Beliau memilih untuk memaparkan kepelbagaian tema antaranya yang paling dekat dengan hati dan perasaan beliau ialah:

kasih sayang

senario politik

keagamaan

kemasyarakatan

Cangkir Retak, terbitan DBP 2026 ini mengandung inti pemikiran bahawa keretakan memang perkara yang tidak disuka dalam kehidupan seharian semua orang, tamun keretakan tetap akan berlaku.

Cuma pemikiran mendalam dan rinci, khususnya gagasan melalui puisi mampu memberikan pemikiran bahawa daripada keretakan diharap ada hasil atau manfaat di sebaliknya iaitu lazimnya akan ada kesedaran akan kesalahan yang dilakukan, dan keinsafan.

Malah Cangkir Retak ialah gambahan bahawa orang Melayu memang sudah benar retak dan parah dalam pelbagai dimensi kehidupan.

Dari segi gaya bahasa, Cangkir Retak pekat dengan selain metafora dan personifikasi. Yusuf Sufali tampak menggemari metafora dan personifikasi sebagai kekuatan sesebuah puisi.

Dua elemen puisi inilah yang dominan dalam kumpulan 92 buah sajak ini.

Yusuf Sufali turut menggemari teknik bermain dengan bunyi rima di hujung baris, baik rima sempurna ataupun rima rambang.

BERITA LAIN

Kerjasama erat pacu pembangunan bandar

Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan agensi perancangan dan pihak berkepentingan penting bagi memastikan pembangunan bandar dilaksanakan secara bersepadu, mampan serta berperspektif kesejahteraan

DBKU raih pengiktirafan bandar pintar

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakar sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sarawak menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 bagi tahun

BERITA TERBARU

Satu kisah, empat pelajaran

BUKU Biografi Sasterawan Negara Abdullah Hussain: Tukang Cerita Bergelar Pujangga menghimpunkan hidup, fikiran dan sumbangan seorang Sasterawan Negara dalam satu naratif yang sangat tersusun. Siapakah

DBKU raih pengiktirafan bandar pintar

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakar sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sarawak menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 bagi tahun