ARTIKEL

ABANG Johari bersama-sama Dr. Abdul Rahman, Hilmy serta yang lain pada Majlis Penutupan Kongres Perancangan Kebangsaan Ke-11 baru-baru ini.

Kerjasama erat pacu pembangunan bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan agensi perancangan dan pihak berkepentingan penting bagi memastikan pembangunan bandar dilaksanakan secara bersepadu, mampan serta berperspektif kesejahteraan rakyat.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, kemajuan sesebuah bandar tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan pembangunan fizikal, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada manfaat nyata yang dapat dirasai masyarakat.

Menurut beliau, antara aspek yang perlu diberikan keutamaan termasuk mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih selamat, menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap serta meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Beliau berkata demikian dalam ucaputama pada Majlis Penutupan Kongres Perancangan Kebangsaan Ke-11 Tahun 2026 bersempena dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selepas majlis, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bersama-sama Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman, serta delegasi DBKU dan perwakilan Majlis Belia DBKU merakamkan gambar kenangan bersama-sama Premier.

Sesi berkenaan diadakan susulan kejayaan DBKU menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 bagi 2026, sekali gus mengiktiraf usaha pihak berkuasa tempatan itu dalam memperkukuh pembangunan bandar berteraskan teknologi, inovasi dan kesejahteraan masyarakat.

BERITA LAIN

DBKU raih pengiktirafan bandar pintar

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakar sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sarawak menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 bagi tahun

Muzium Mini Sapan Puloh penjaga warisan Melanau

MENEMPATKAN pelbagai khazanah warisan masyarakat Melanau yang diperturunkan daripada generasi ke generasi, Muzium Mini Sapan Puloh menjadi antara inisiatif untuk memelihara sejarah adat dan budaya

BERITA TERBARU

DBKU raih pengiktirafan bandar pintar

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakar sejarah apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Sarawak menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 bagi tahun

Peti sejuk juga tidak selamat

SERANGAN siber terhadap sistem penyeluk di puluhan pasar raya Eropah baru-baru ini mengingatkan saya kepada kes penyelewengan satu sen yang pernah menggegarkan Malaysia pada 1990.