ARTIKEL

Canselor Jerman, Olaf Scholz, yang juga pemimpin Parti Demokrat Sosial. - Foto: AA

Canselor Jerman tolak rancangan “pengambilalihan” Gaza oleh Trump

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN, Jerman: Canselor Jerman, Olaf Scholz, pada Jumaat dengan tegas menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk “mengambil alih” Gaza dan menempatkan semula penduduk Palestin di negara lain di rantau Timur Tengah.

“Saya menolak sepenuhnya apa yang dicadangkan oleh Presiden Trump,” kata pemimpin Parti Demokrat Sosial itu dalam satu acara kempen di Ludwigsburg di sini.

“Penduduk Gaza tidak boleh ditempatkan semula di Mesir dan Jordan. Ini tidak betul,” beliau tegaskan.

Scholz menekankan bahawa usaha harus ditumpukan kepada meredakan ketegangan sedia ada.

Penyelesaian diplomatik harus dicari terhadap konflik Israel-Palestin yang dapat memastikan kewujudan bersama secara aman antara negara Palestin pada masa hadapan dengan Israel.

Kenyataannya itu dibuat sebagai respons terhadap komen Trump pada sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Rumah Putih pada Selasa malam.

Trump mencadangkan agar penduduk Gaza dipindahkan ke negara seperti Jordan dan Mesir, manakala AS akan menjadikan wilayah itu sebagai ‘Riviera Timur Tengah’.

Cadangan itu mendapat kecaman keras daripada Palestin, dan ditolak secara terang-terangan oleh banyak negara, termasuk China, Rusia, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Arab Saudi, Mesir dan Jordan. – BERNAMA-AA
 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU