ALMARI mungkin salah satu perabot paling besar di rumah.
Justeru, ia haruslah sentiasa bersih dan kemas.
Anda boleh mengosongkan ruangan terlebih dahulu untuk melakukan kerja membuang habuk.
Membersihkan almari anda dengan kerap boleh membantu anda menyelaraskan ruang, menjimatkan wang dan mencipta suasana menyenangkan jika anda dapat menderma pakaian yang tidak lagi digunakan.
BAHAGIAN KHAS
Kunci menguruskan almari pakaian anda adalah dengan mengurusankan setiap ruangan dengan baik.
Mencipta almari pakaian seimbang dengan bahagian atas, bahagian bawah, jaket dan aksesori asas yang betul boleh menjadikan almari tersebut lebih berfungsi.
Pengurusan pembelian pakaian baharu juga memainkan peranan penting dalam memastikan pengunaan ruang almari.
Anda boleh mengehadkan belanjawan sekiranya berhasrat menambah koleksi pakaian atau menderma pakaian yang tidak diigunakan.
ALMARI PAKAIAN LELAKI DAN WANITA
Sekiranya anda berkongsi almari, pastikan disediakan ruangan khas untuk bahagian lelaki dan wanita.
Memandangkan anda perlu mengemas almari secara berkala, pengasingan bahagian pakaian boleh memudahkan kerja anda.
Ini bermakna, setiap sepasang kasut, beg tangan, aksesori, barang kemas dan apa-apa sahaja yang biasa anda simpan di dalam almari lebih mudah dikemas dan dicapai.
Pertimbangkan pilihan ruangan tertentu seperti rak baju sejuk, pakaian berlipat, ruang gantung pakaian dan rak kasut.



