SELANGOR: Atlet judo Sarawak, Carmen Lee Jia Wen mara ke peringkat separuh akhir kategori wanita bawah 48 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Pahang, Aila Marissa Abdul Raafi pada saingan suku akhir di IDCC Ideal Convention Centre, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu membuka laluan untuk Carmen memburu pingat emas dalam kategori berkenaan, selepas mempamerkan aksi tenang dan bertenaga untuk menyingkirkan lawannya.
Pada perlawanan itu, Carmen mencatat satu ippon dan satu yuko, manakala Aila dikenakan satu shido.
Kemenangan tersebut menyaksikan Carmen bakal berdepan wakil Johor, Ashrien Natasya Nadia Abdul Rahman pada aksi separuh akhir petang ini.
Carmen dijangka berusaha mengekalkan momentum terbaik bagi memastikan tiket ke pentas final.



