ARTIKEL

Cat City Bike Week naik taraf antarabangsa, sasar 5,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cat City Bike Week yang memasuki tahun ketiga penganjurannya bakal mencipta sejarah baharu apabila diangkat sebagai acara bertaraf antarabangsa, dengan sasaran sehingga 5,000 pengunjung di pekarangan Stadium Taha Ariffin, bermula Rabu ini.

Dijenamakan semula sebagai Cat City International Bike Week 2026, acara selama lima hari hingga 1 November itu dijangka menghimpunkan antara 3,000 hingga 5,000 pengunjung termasuk dari Indonesia dan Brunei, khususnya dalam kalangan peminat permotoran dan masyarakat umum.

Presiden Kelab Permotoran Cat City merangkap penganjur, Abang Nor Nasaruddin Abang Noorzuki berkata, peningkatan status penganjuran itu ialah langkah untuk memperluas pengaruh acara berkenaan selepas berjaya dilaksanakan secara berterusan sejak 2024.

“Acara ini sudah memasuki tahun ketiga, bermula di Aeroville pada 2024 sebelum berpindah ke pekarangan Stadium Taha Ariffin pada 2025 dan diteruskan di lokasi sama tahun ini.

“Pada awalnya, ia dikenali sebagai Cat City Bike Week, tetapi kami mengambil keputusan menaik tarafnya ke peringkat antarabangsa bagi memberikan kelainan dan menarik lebih ramai pengunjung ke Kuching,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, idea penganjuran tercetus pada 2024 selepas Kuching tidak mempunyai acara perhimpunan permotoran seumpamanya selama tujuh tahun, dengan acara terakhir berlangsung pada 2017.

Beliau berkata, acara itu bukan sekadar platform pertemuan komuniti motosikal, sebaliknya berpotensi menjadi produk pelancongan tahunan yang memberi manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan, pengusaha inap desa dan industri perhotelan.

“Kami mahu menjadikan acara ini sebagai produk kebanggaan komuniti Kuching dan penduduk setempat, selain sesuatu yang dinantikan setiap tahun oleh penunggang motosikal, peniaga, pengusaha inap desa serta hotel.

“Pada masa sama, kami mahu mengumpulkan komuniti motosikal untuk beramah mesra, mengeratkan silaturahim dan mengekalkan semangat persaudaraan antara kelab permotoran di seluruh Borneo,” jelasnya.

Mengulas pengisian program, Nasaruddin berkata, penganjur turut menggalakkan orang ramai hadir untuk menyaksikan pameran motosikal, mengenali kelab yang mengambil bahagian serta menyertai pelbagai aktiviti sepanjang acara berlangsung.

“Setiap tahun kami berusaha membawa kelainan supaya lebih ramai orang tertarik untuk datang. Kami juga amat menggalakkan orang ramai turut menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan,” katanya.

Berdasarkan jadual, hari pertama pada 28 Oktober bermula dengan pembukaan gerai makanan, minuman dan barangan permotoran seawal jam 9 pagi, diikuti pameran agensi kerajaan, demonstrasi keselamatan jalan raya, kempen pencegahan dadah serta pertandingan makan hot dog dan burger.

Pada 29 Oktober, pengunjung boleh mengikuti forum keselamatan penunggang motosikal dan demonstrasi teknik tunggangan selamat, selain sesi bersama pempengaruh, persembahan kumpulan muzik serta cabutan bertuah, manakala program kemasyarakatan dan demonstrasi bomba serta penyelamat berlangsung pada 30 Oktober.

Acara dijangka semakin meriah pada 31 Oktober menerusi pameran motosikal, pertemuan kelab permotoran, persembahan komuniti penunggang serta majlis pertukaran cenderamata antara kelab, sebelum diteruskan dengan persembahan khas Hatta Junction dan cabutan bertuah utama pada sebelah malam.

Hari terakhir pada 1 November pula menampilkan pertandingan pameran automotif yang merangkumi sesi pendaftaran dan penjurian, diikuti penyampaian hadiah serta cabutan bertuah penutup sebelum majlis penutupan rasmi yang dijadual berlangsung dari jam 4 hingga 5 petang.

BERITA LAIN

Cita rasa moden bertemu Borneo

TIADA siapa menyangka tepus yang selama ini dekat dengan kehidupan masyarakat Borneo boleh diberi sentuhan berbeza dalam hidangan spageti. Bagi Ketua Bahagian Kulinari, Orchid Garden

BERITA TERBARU

Cita rasa moden bertemu Borneo

TIADA siapa menyangka tepus yang selama ini dekat dengan kehidupan masyarakat Borneo boleh diberi sentuhan berbeza dalam hidangan spageti. Bagi Ketua Bahagian Kulinari, Orchid Garden