ARTIKEL

DUN Sarawak bubar, PRN13 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran itu pada Jumaat lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN.

Selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari menegaskan kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan sementara dan meneruskan pentadbiran awam serta perkhidmatan penting demi menjaga kebajikan rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dijangka menetapkan tarikh mesyuarat khas untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan hari mengundi PRN13, manakala mandat DUN yang mempunyai 82 kerusi sebenarnya berakhir pada Februari 2027 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

PERKIM perlu manfaat platform digital dekati golongan muda

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) perlu menyesuaikan pendekatan dakwah dengan perkembangan semasa termasuk memanfaatkan platform digital dan media sosial bagi memperluas penyampaian ilmu serta

Pengurusan aset wakaf perlu lebih proaktif

KUCHING: Sarawak berhasrat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh pengurusan aset wakaf menerusi pendekatan yang lebih proaktif dan menyeluruh. Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang

BERITA TERBARU

PERKIM perlu manfaat platform digital dekati golongan muda

KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) perlu menyesuaikan pendekatan dakwah dengan perkembangan semasa termasuk memanfaatkan platform digital dan media sosial bagi memperluas penyampaian ilmu serta

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Lubuk Putan

BINTANGOR: Penduduk Rumah Empani, Lubuk Putan, Sungai Meradong, digemparkan oleh kebakaran yang memusnahkan tiga rumah tidak kekal pada pagi tadi. Kejadian itu turut menjejaskan sebuah