ARTIKEL

Kredit: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura

CCS Singapura ambil tindakan terhadap 45 perniagaan ulasan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCS) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 45 perniagaan dan sebuah penyedia perkhidmatan ulasan palsu.

CCS mendedahkan perniagaan terbabit mereka ulasan dalam talian bagi menaikkan reputasi mereka secara tidak sah.

Bernama mendedahkan perniagaan berkenaan dikehendaki menghentikan amalan tidak adil itu serta memadamkan semua ulasan palsu yang disiarkan.

Mereka turut diarah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengekalkannya selama enam bulan.

Siasatan CCS mengenal pasti Julian Tung Yan Kai sebagai pengendali perkhidmatan ulasan palsu menerusi laman BuyReviewSG dan GetReviewSG.

CCS menjelaskan perkhidmatan itu membolehkan perniagaan membeli pakej ulasan lima bintang palsu bagi mencapai penarafan Google yang diingini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU