CCTV bongkar identiti perompak

KUCHING: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar identiti sekumpulan perompak, apabila dua daripada mereka ditangkap selepas memecah masuk sebuah rumah di Star Garden di sini.

Suspek masing-masing berusia 34 dan 40 tahun itu dicekup oleh Ahli Komuniti Polis ketika kenderaan tersebut berada di kawasan berkenaan.

Namun begitu, dua rakan sejenayah disyaki terlibat sama dalam kes pecah rumah dapat melarikan diri ketika tangkapan dibuat terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kedua suspek melakukan dua kes pecah rumah pada hari yang sama sebelum ditangkap di kawasan Stapok disyaki melarikan diri.

“Pada mulanya suspek cuba melakukan pecah rumah di kawasan Poh Kwong Park Kuching sekitar 2 petang namun tidak berjaya setelah kehadiran mereka disedari pemilik rumah.

“Selang satu jam kemudian, suspek yang sama telah memasuki sebuah rumah di Star Garden dengan pintu grill rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kerugian sebanyak RM600 akibat kecurian tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Awang Din menambah, semakan rekod turut mendapati kecederaan yang digunakan suspek dilaporkan hilang sebagaimana dilaporkan di Balai Polis Sentosa.

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah dan kecurian di kawasan Kuching dan Padawan.

Ujarnya, polis telah mendapat kelulusan reman daripada pihak Mahkamah untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek.