ARTIKEL

Terbuka Korea: Wei Chong-Kai Wun Ke Separuh Akhir, Bakal Berdepan Pilihan Utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, di Yeosu hari ini

Pasangan pilihan ketiga itu, yang merangkul juara Terbuka Perancis bulan lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan gandingan ke-49 dunia dari Jepun tersebut, 21-14, 26-24, dalam aksi suku akhir di Stadium Jinnam.

Walaupun diberi tentangan sengit di set kedua, Wei Chong-Kai Wun kekal tenang sebelum menang dengan straight set, sekali gus mengekalkan peluang untuk meraih satu lagi gelaran.

Mereka bakal berdepan pilihan utama, Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebelum melangkah  ke final, dengan gandingan Malaysia itu belum pernah menang ke atas pasangan dari Korea Selatan itu dalam enam pertemuan terdahulu.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tersekat di suku akhir selepas tewas 14-21, 18-21 ke atas pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

74 warga Indonesia dipindahkan ke ICQS Tebedu

SERIAN: Seramai 74 warga Indonesia, termasuk dua kanak-kanak dipindahkan dari Depot Imigresen Semuja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu bagi urusan penghantaran