ARTIKEL

Cederakan, ugut abang ipar, lelaki dipenjara 13 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mencederakan dan mengugut bunuh abang ipar, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Kartino, 34, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mencederakan abang abang iparnya Joli Kipli, 40, menggunakan sebatang penyapu.

Manakala, pertuduhan kedua adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan ugutan jenayah dengan mengugut membunuh mangsa.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Jalan Sungai Apong, sekitar jam 5.00 petang, 11 Mac lalu.

Hakim menetapkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama.

Manakala, pertuduhan kedua penjara lima bulan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara dua pertuduhan tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh direman iaitu 5 April lalu.

Menurut ringkasan kes, berlaku salah faham antara tertuduh dengan mangsa hingga berlakunya kejadian memukul mangsa menggunakan sebatang penyapu dan mengugut akan menyerang menggunakan sebilah parang.

Tertuduh juga mengancam hendak menetak mangsa sekiranya enggan keluar dari rumah.

Mangsa yang bimbang akan keselamatan diri kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sehari selepas kejadian, tertuduh berjaya ditahan oleh pihak polis di Jalan Sungai Apong, sekitar jam 11.15 pagi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha