ARTIKEL

FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cegah denggi semasa musim perayaan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru rakyat Malaysia untuk meningkatkan langkah pencegahan denggi semasa musim perayaan ini.

Dalam satu kempen kesedaran terbaharu, KKM menggariskan beberapa langkah penting bagi memastikan rumah kekal selamat daripada ancaman nyamuk Aedes.

“Antara langkah utama yang disarankan ialah memastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di rumah,”

Bekas-bekas ini perlu ditutup rapat dan, jika perlu, digunakan ubat pembunuh jentik-jentik untuk membasmi larva nyamuk seperti hebahan dalam satu poster yang dimuat naik dalam Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
hari ini.

KKM juga menekankan keperluan untuk menutup anggota badan yang terdedah, terutama semasa berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes, iaitu antara pukul 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.

Penggunaan pakaian berwarna cerah dan penyembur penghalau nyamuk (repelan) turut disarankan sebagai langkah tambahan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Selain itu, rakyat Malaysia yang pulang bercuti dinasihatkan untuk melakukan semburan aerosol di seluruh rumah bagi membunuh nyamuk dewasa yang mungkin bersarang semasa ketiadaan mereka.

Kempen ini bertujuan memastikan tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya, atau zika.

Semua pihak diseru memainkan peranan bagi melindungi diri sendiri dan keluarga semasa musim perayaan.

Sebagai peringatan, penyakit seperti denggi boleh menular dengan cepat jika langkah pencegahan tidak diambil dengan serius.

Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keselamatan demi meraikan musim perayaan dengan tenang.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.