ARTIKEL

Roland Sagah (depan) bersama-sama pemimpin Bidayuh yang lain bergambar dengan peserta Forum Graduan Bidayuh: Berkembang Di Tengah Gangguan AI di dewan serbaguna DBNA di sini, hari ini.

CENTEXS Cawangan Teng Bukap bakal perkasa industri keringkam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rancangan penubuhan Cawangan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Teng Bukap, Padawan bakal memperkasakan lagi industri keringkam Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata ia kerana pakar-pakar membuat keringkam adalah terdiri daripada orang Bidayuh Padawan, khususnya di Kampung Belimbing.

“Projek Keringkam sangat popular sehinggakan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, isteri Premier Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta ramai lagi telah melawat ke Kampung Belimbing kerana di situlah sebenarnya membuat keringkam.

“Mereka juga merupakan pengajar program keringkam oleh CENTEXS di Penjara Puncak Borneo,” katanya ketika ditemu-bual selepas menyempurnakan Forum Graduan Bidayuh: Berkembang Di Tengah Gangguan AI di dewan serbaguna Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata akan memastikan penubuhan Cawangan CENTEXS di Teng Bukap itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memperkasakan khususnya komuniti Bidayuh melalui pendidikan kemahiran.

Beliau berkata dana RM5 juta telah dipohon melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi membangunkan prasarana pusat tersebut, yang akan mengguna pakai bekas bangunan Pejabat Daerah Kecil Padawan.

Sementara itu, Sagah menegaskan komuniti Bidayuh mesti kekal setanding masyarakat lain dengan berpengetahuan, progresif dan berdaya saing.

“Setiap orang mempunyai peranan penting dalam masyarakat dan pembangunan negara khususnya graduan yang dilihat sebagai pemimpin kerana pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya.

Hadir sama Presiden DBNA Datuk Ik Pahon Joyik, Penasihat (Pendidikan) di Pejabat Premier Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada, ADUN Serembu Miro Simuh dan ADUN Kedup Martin Ben.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha