ARTIKEL

Chery hadir pada pelan pelaburan M’sia-China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Baru-baru ini, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China.

Ia hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China, di Beijing yang turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan Syarikat automotif China Chery, pihaknya antara yang hadir pada sesi perbincangan meja bulat dan Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April 2023.

“Dalam kunjungan itu, pegawai atasan Chery International dijemput untuk membincangkan pelan pelaburan dan arah pembangunan di Malaysia dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Malaysia turut mengiktiraf kekuatan syarikat Chery yang berorientasikan antarabangsa dan menunjukkan minat mendalam terhadap pelan pelaburan ini,” katanya.

Kumpulan Chery merupakan syarikat antarabangsa yang membangunkan pelbagai sektor dan pada 2023, jualan kenderaannya melepasi 1.23 juta unit iaitu meningkat 42 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah tersebut, eksport ke luar negara mencapai 450,000 unit dan berada di tempat pertama selama 20 tahun berturutturut dalam pengeksportan kereta penumpang jenama China.

Chery bakal menubuhkan anak syarikat sepenuhnya di Malaysia dan merancang untuk memperkenalkannya pada suku kedua tahun ini.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan