ARTIKEL

FOTO fail pelancaran kapal ang- kasa tanpa pemandu China. - AFP

China lancar kapal angkasa kargo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WENCHANG (China): Roket pembawa Long March-7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-10 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China pada pukul 8.14 pagi semalam. 

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, Tianzhou-10 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan. Panel solar pada kapal angkasa itu berfungsi dengan lancar, sekali gus menandakan kejayaan penuh misi pelancaran berkenaan.

Menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China, Tianzhou-10 kemudian dijadual menjalankan proses pertemuan dan pencantuman dengan Stesen Angkasa China yang beroperasi di orbit.

Muatan Tianzhou-10 merangkumi satu sut angkasawan untuk kegunaan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta bekalan keperluan harian untuk angkasawan bertugas, bahan pendorong, peralatan eksperimen serta bahan-bahan aplikasi.

Misi itu merupakan misi pembekalan kargo kelima selepas projek kejuruteraan angkasa lepas bermanusia China memasuki fasa aplikasi dan pembangunan stesen angkasa. Ia juga misi pelancaran ke-39 sejak projek berkenaan diluluskan dan dilaksanakan, sekali gus penerbangan ke-641 yang diselesaikan roket pembawa siri Long March. – Bernama-CMG

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU