ARTIKEL

China pamer kemajuan kecerdasan buatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

EKSPO Kecerdasan Dunia (WIE) 2026 yang membuka tirai di Tianjin, utara China pada Khamis bakal menyaksikan pelancaran lebih 200 piawaian, produk dan teknologi baharu.

Sesi pelancaran teknologi canggih turut diadakan sempena ekspo kali ini bagi mempamerkan pencapaian terkini dalam industri pintar.

Hampir 100 hasil teknologi melibatkan pembangunan bandar pintar, kehidupan pintar dan pelbagai bidang lain akan dipamerkan pada acara berkenaan.

Menurut statistik, skala industri kecerdasan buatan (AI) China melebihi 1.2 trilion yuan (RM700 bilion) pada 2025, melibatkan lebih 6,200 syarikat.

Pada masa ini, teknologi AI sedang berintegrasi secara mendalam dengan pelbagai sektor di China. – Bernama 

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU