ARTIKEL

China seru gerak pelaksanaan “penyelesaian dua negara” Palestin-Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong menekankan formula “penyelesaian dua negara” satu-satunya jalan keluar yang boleh dilaksanakan bagi merungkai isu Palestin-Israel.
Penekanan itu dibuat beliau ketika berucap dalam sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berkaitan isu Palestin-Israel pada Rabu.

Fu berkata, China teguh mendukung perjuangan Palestin menubuhkan negara merdeka sambil menegaskan kepentingan menghormati kehendak rakyat Palestin dalam perbincangan mengenai tadbir urus pascaperang.

Beliau menyeru supaya persidangan damai antarabangsa yang berskala lebih besar, lebih berwibawa dan lebih efektif dianjurkan untuk menggubal jadual waktu dan peta jalan konkrit bagi pelaksanaan formula “penyelesaian dua negara”.

Fu berkata, gencatan senjata serta-merta dan berkekalan merupakan prasyarat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa. 

China mendesak Israel segera menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, menarik balik sekatan ke atas Gaza dan membuka semua lintasan darat sekali gus memastikan penghantaran dan pengedaran bekalan kemanusiaan dijalankan dengan cepat, selamat dan teratur.

Beliau menambah China terus berusaha bersama pihak terbabit ke arah menamatkan pertempuran dan meredakan malapetaka kemanusiaan di Gaza serta menggerakkan pelaksanaan “penyelesaian dua negara”.
– Bernama-CMG

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU