ARTIKEL

China tetap beli produk pertanian Amerika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Tujuh bulan selepas AS dan China menandatangani perjanjian awal yang meredakan perang dagang mereka, namun pembelian Beijing bagi produk pertanian AS belum mencapai sasaran perjanjian itu.

Media AS melaporkan, kedua-dua pihak dijangka mengadakan pertemuan pada 15 Ogos ini untuk membincangkan perjanjian tersebut, yang menggesa China untuk meningkatkan pembelian barangan dan perkhidmatan Amerika tahun ini dan tahun hadapan.

Bagaimanapun, menurut data yang dikumpul oleh Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson (PIIE), pembelian pertanian China pada akhir bulan Jun jauh daripada jumlah sasaran yang seharusnya dipenuhi bagi tempoh itu dalam tahun ini.

Pemintaan untuk jagung dan kacang soya oleh China meningkat pada pertengahan Julai, dengan Beijing turut membuat pembelian lebih tiga juta tan minyak biji sesawi Amerika antara 14 Julai dan 7 Ogos, menurut Jabatan Pertanian AS.

Pada akhir Julai, AS melaporkan tempahan harian terbesar oleh China untuk jagungnya, adalah sebanyak 1.9 juta tan.

Pengumuman itu melegakan petani AS, yang menjangkakan hasil tuaian yang banyak tahun ini dan memerlukan pembeli. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi