ARTIKEL

China tidak lupa jasa Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan China tidak melupakan sokongan Kerajaan Sarawak, komuniti Cina dan seluruh rakyat negeri ini kepada negara China semasa berdepan dengan penularan Covid-19 tahun lalu.

Konsul Jeneral China di Kuching Cheng Guangzhong berkata, tahun lalu sangat mencabar kepada semua dengan China dan Malaysia berganding bahu menentang pandemik tersebut.

“Apabila Covid-19 melanda Sarawak, Konsul China di Kuching dan rakan-rakan Cina lain turut berusaha membantu sedaya mungkin.

“Kami menderma bekalan perubatan, berkongsi pengalaman dan protokol rawatan klinikal Covid-19 dan menghantar pakar perubatan ke Sarawak dan sebagainya,” katanya pada Majlis Bersama Sabati di sini pada Isnin.

Beliau menambah, meskipun menghadapi cabaran besar melawan Covid-19, China pada masa sama berjaya mencatatkan pembangunan ekonomi cemerlang.

“Keluaran Dalam Negara Kasar China untuk tahun 2020 berkembang sebanyak 2.3 peratus dan merupakan satu-satunya ekonomi utama di dunia yang mencapai pertumbuhan,” jelasnya.

Cheng Guangzhong mendedahkan, Kerajaan China juga berhasrat mencapai kemenangan sepenuhnya dalam memerangi kemiskinan dan membawa 98.99 juta penduduk miskin luar bandar keluar daripada kemiskinan

. Terdahulu beliau berkata, logo Sabati ialah bunga orkid dan di China, bunga tersebut bermaksud anggun, kebajikan dan kebaikan, dan ia sangat sesuai dengan mandat Sabati dalam membawa cahaya kepada golongan yang memerlukan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha