Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua.
Kon Yeow, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 9.30 pagi di Seri Mutiara.
“Terima kasih di atas mandat yang diberikan. Saya akan terus memimpin serta memacu negeri Pulau Pinang dengan memastikan seluruh rakyat negeri ini menerima segala kebaikan dan kekal harmoni,” katanya memetik cacatan di Facebook.
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri, semalam.



