ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Securities Ruzi Ranith Ajith ketika sidang media pada pelancaran CIMB Securities. | BERNAMA

CIMB Securities sasar kuasai pasaran digit tunggal tinggi menjelang akhir tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh CIMB Invesstment Bank Bhd, CIMB Securities Sdn Bhd, sedang mengintai bahagian pasaran satu digit yang tinggi dalam ruang pembrokeran saham menjelang akhir tahun ini, khususnya dalam segmen borong.

Ketua Pegawai Eksekutif Ruzi Rani Ajith berkata syarikat itu memperoleh 4.54 peratus bahagian pasaran setakat Mac dan berjaya menarik RM6.3 bilion dalam nilai urus niaga blok yang besar serta penempatan sekunder.

Di bawah rancangan lima tahun CIMB Securities, ia mahu menjadi pemain terkemuka dalam ruang pasaran modal, katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran CIMB Securities di sini semalam.

“Kami menyasarkan untuk menjadi peneraju utama bagi memudahkan aliran masuk dan aliran keluar dagangan ke dalam pasaran modal Malaysia melalui kerjasama dengan kerajaan untuk mempromosikan daya tarikan pasaran modal Malaysia sebagai destinasi pelaburan,” katanya.

Ruzi menjelaskan untuk tujuan tersebut, CIMB Securities akan memberi tumpuan kepada pelanggan institusi dan korporat.

“Fokus kami adalah melalui kerjasama. Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi global serta serantau bagi membawa kandungan antarabangsa kepada penyelidikan kami, selain menyediakan akses kepada pasaran antarabangsa untuk memacu pasaran Malaysia,” katanya lagi.

Pengarah Urusan dan Ketua Jualan Institusi Antarabangsa dan Perkongsian Strategik CIMB Securities Liew Kuo Aun berkata keyakinan syarikat itu disokong oleh prospek yang positif bagi Bursa Malaysia serta ringgit.

Beliau berkata nisbah harga kepada pendapatan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berlegar sekitar 1,623 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ringgit juga dijangka mengukuh untuk baki tahun ini, ujarnya.

Pada Februari 2024, CIMB Group Holdings Bhd menyimpulkan pengambilalihan KAF Equities Sdn Bhd, melalui CIMB Investment Bank Bhd, dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai CIMB Securities. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU