Cipta karya ubah pemikiran masyarakat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SUMBANGAN sasterawan dan penulis cukup besar dalam pembangunan industri kreatif tanah air.

Pemikiran yang diketengahkan oleh golongan ini dalam karya banyak membantu mengubah pemikiran masyarakat, serta wajah pembangunan negara. Malah disebabkan pemikiran itu, banyak karya penulis dalam pelbagai genre diangkat ke pentas teater dan layar perak sebagai alternatif tambahan untuk mengetengahkan karya terbaik dan berkualiti tinggi.

Karya penulis yang kaya warna tempatan yang bersumberkan seni bahasa, seni sastera dan seni budaya pelbagai etnik di negeri ini akan menyerlahkan keunikan, keharmonian dan ketinggian nilai hidup bermasyarakat dalam kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak.

Penulis dan sasterawan juga berupaya menjadi ejen perubahan dengan cara merubah dan mempengaruhi pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap apa-apa yang diingini menerusi karya ditulis sedemikian rupa.

Bagaimanapun, penulis dan sasterawan diyakini tidak menyalahgunakan keistimewaan mereka ini dengan menghasilkan karya yang berbentuk hasutan dan berniat jahat kerana inginkan nama dan wang tanpa memikirkan baik buruk kesannya terhadap masyarakat dan negara.

Sebaliknya, menulis dan mencipta karya yang dapat mengubah pemikiran rakyat ke arah kebenaran dan tujuan yang murni.

Lebih baik lagi, menulis dan mencipta karya yang dapat menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi ketika kerajaan hendak melonjakkan negara ke status ekonomi berpendapatan tinggi.

Generasi Muda

Untuk itu, generasi muda harus merebut segala peluang yang ada semasa berada di bangku sekolah untuk mengasah bakat dan memahirkan diri dengan penulisan ini.

Kemahiran ini akan menjadi nilai dan bonus yang sangat berguna terutama apabila mereka meninggalkan bangku sekolah atau alam persekolahan nanti.

Penghargaan yang diterima oleh penulis merupakan penghargaan atas sumbangan masyarakat sasterawan serta penulis yang sentiasa prolifi k, produktif dan prihatin untuk turut membangunkan literasi budaya dalam kalangan masyarakat kita.

Seperti yang sedia maklum, setiap bangsa mempunyai karya agung masing-masing yang membawa tema tentang hidup manusia dan kemanusiaan.

Keistimewaan golongan penulis terletak pada sensitiviti dan kreativiti mereka terhadap alam, persekitaran serta nilai manusia dan kemanusiaan yang harus diterokai, difahami dan akhirnya dituangkan ke dalam karya sastera yang indah, baik dan bermutu.

Di samping terus giat menulis, aspek promosi dan pemasaran karya yang dihasilkan oleh sasterawan dan penulis juga harus diberi perhatian oleh pelbagai pihak.

Insentif lain, selain hadiah dan anugerah juga harus dikenal pasti untuk memberikan nilai tambah harta intelektual golongan tersebut yang memerahkan minda mereka untuk menghasilkan karya cemerlang.

Peranan Pihak Swasta

Pihak swasta turut diyakini dapat menyumbang ke arah kemajuan dan perkembangan sastera dan penulisan ini. Sebagai contoh, mereka dapat menaja dan menjadikan kegiatan sastera tertentu sebagai ‘anak angkat’ yang dijalankan oleh badan atau pihak berwajib.

Sehubungan dengan itu, syarikat swasta perlu tampil membantu dalam usaha murni ini.

Setidak-tidaknya anggaplah bantuan dan sumbangan itu sebagai tanggungjawab sosial dan sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Lain-lain

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei