ARTIKEL

Gambar hiasan: Pixabay

Coca-Cola tarik balik produk di Eropah akibat klorat tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BRUSSELS: Gergasi minuman global Coca-Cola telah menarik balik beberapa produk yang dijual di beberapa negara Eropah selepas tahap klorat yang tinggi dikesan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Agensi Persekutuan bagi Keselamatan Rantaian Makanan (FASFC) Belgium memaklumkan bahawa penarikan balik itu melibatkan produk yang dikeluarkan antara 23 Nov hingga 3 Dis, 2024.

Senarai minuman yang ditarik balik termasuk Coca-Cola, Fanta, Sprite, Fuze Tea, Nalu, Minute Maid, Tropico dan Royal Bliss dalam tin serta botol kaca dengan kod pengeluaran antara 328 GE hingga 338 GE.

Pengguna diberi amaran supaya tidak meminum produk itu dan memulangkannya ke tempat jualan.

Produk yang ditarik balik itu dihasilkan di kilang Coca-Cola di Ghent, Belgium.

Selain Belgium, produk berkenaan turut dihantar ke Belanda, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Luxembourg.

Klorat terhasil apabila disinfektan berasaskan klorin digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan