ARTIKEL

Coklat Sarawak rasa antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKAN coklat biasa atau dari luar negara tetapi ia mengandungi identiti produk di Sarawak. Konsep Coklat Sarawak ialah menjadikan produk asli di negeri ini sebagai bahan dan perisa coklat tersebut.

Pengasasnya Noor Asmah Mohammed Mokhtar, bahan seperti tebaloi, sagu, terung asam dan lada hitam merupakan 100 peratus hasil bumi Sarawak.

“Kita sedia maklum Sarawak kaya dengan produk yang tersendiri.

“Tetapi ramai yang tidak menikmatinya ataupun takut untuk mencuba.

“Memandangkan hampir semua orang makan coklat, jadi saya mengunakan bahan Sarawak ini supaya semua orang merasakan produk Bumi Kenyalang ini,”katanya.

TERBAIK… Proses pembuatan Coklat Sarawak.

Asmah berkata, Coklat Sarawak ini menjadi identiti baharu bagi produk Sarawak seperti laksa Sarawak, mi kolok dan sebagainya.

“Rasa coklat ini menggambarkan rasa keunikan produk Sarawak.

“Mungkin dahulu mereka yang tidak pernah makan terung asam tetapi sekarang meminati terung asam.

“Mungkin pelancong dahulu tidak pernah menikmati lada hitam kita tetapi kini mereka boleh menikmatinya dalam kemanisan coklat,” ujarnya.

Sementara itu, dengan menjadikan Coklat Sarawak sebagai produk hiliran, beliau mampu untuk membantu usahawan kecil yang lain.

SEDAP… Coklat Sarawak yang menggunakan 100 peratus bahan dari Sarawak.

“Dalam satu bar coklat, ia ada nilai produk Sarawak yang lain seperti tebaloi.

“Bila saya bekerjasama dengan usahawan tebaloi untuk menjadi pembekal, ini akan membantu perniagaan mereka.

“Selain membantu pendapatan usahawan kecil, nilai untuk sesuatu produk juga akan dapat meningkat dan dikenali,”ujarnya.

Bermula sebagai usahawan kek, Asmah beralih kepada bidang menghasilkan coklat.

Beliau mula mendapatkan kursus dan latihan membuat coklat apabila dahulunya terdapat isu coklat tidak halal.

MENARIK… Pelbagai manisan yang diperbuat menggunakan jenama Coklat Sarawak

Mendapatkan latihan dari Lembaga Koko Malaysia Sarawak, Asmah memastikan bekalan coklatnya berterusan.

“Kecoh dahulu isu coklat tidak halal sehingga saya sukar untuk mendapatkan bahan.

“Setelah belajar, saya lihat industri coklat ini luas dan ada masa depan.

“Bermula 2018, saya mula serius dalam bidang coklat,”katanya lagi.

Tambahnya lagi, sebagai rakyat Sarawak, kita sendiri yang harus mengangkat martabat produk Sarawak sebelum dipasarkan ke luar.

“Kita rasa dulu produk dari Sarawak seperti tebaloi, sagu, terung asam dan lada hitam dan cuba menikmatinya sebelum jatuh hati.

“Besar harapan kita untuk menjadikan produk Sarawak menjadi pilihan pelancong. “Inilah masanya kita memanfaatkan kekayaan sumber di Sarawak untuk mempelbagaikan lagi produk tempatan,” jelasnya.

Pengasas Coklat Sarawak, Noor Asmah Mohammed Mokhtar.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi