ARTIKEL

Colombia usir duta Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel “meminta maaf dan keluar” selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya tentang konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Petro berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.

Presiden Colombia itu dalam satu hantaran di X menuduh rejim Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi, lapor France 24.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan Petro, rejim Zionis pada Ahad mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU