ARTIKEL

Coronavirus: Hospital Miri buat kawalan ketat bermula hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Hospital Miri melaksanakan kawalan ke atas pelawat yang memasuki aras satu, berkuat kuasa hari ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan pengurusan pengesanan kes yang disyaki (PUI) novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Pengurusan Hospital Miri menerusi satu notis memaklumkan, bahawa hanya pelawat yang memegang pas pelawat sahaja dibenarkan memasuki kawasan tersebut semasa waktu melawat rasmi.

“Manakala kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan itu. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam diminta memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pengawal keselamatan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Difahamkan, aras satu menempatkan wad pesakit lelaki dan wanita, wad bersalin selain bilik pembedahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah